Permaisuri Nenggiri: Rangka Prasejarah Berusia 14,000 Tahun Yang Ditemui di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri, Gua Musang, Kelantan

Authors

  • ZULISKANDAR RAMLI Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • INTAN NURAFIKAH MOHD ALI HANAFIAH Author
  • HAMISATUN ADILAH MOHAMED ABD AZIZ Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • FATIN HAZIRAH MOHD AZHAR Universiti Kebangsaan Malaysia Author

Abstract

Zaman prasejarah ialah satu zaman di mana belum bermulanya sistem tulisan. Sehingga kini jangka waktu zaman prasejarah masih lagi dikaji oleh para pengkaji dan ia sebenarnya berbeza berdasarkan sesebuah tempat itu. Kelantan telah menyumbang sekurangnya 25 peratus tapak arkeologi prasejarah. Antara kawasan tersebut termasuklah gua-gua yang berlokasi di Gua Musang terletak di Hulu Kelantan. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di Kelantan misalnya di Gua Cha dan Gua Peraling. Di Gua Cha penyelidikan arkeologi pertama telah dilakukan oleh Noone pada tahun 1935 dan kemudiannya diikuti oleh Sieveking pada 1954 dan Adi Taha pada 1979. Gua Keledung merupakan salah satu gua yang termasuk dalam tiga belas gua yang telah diekskavasi oleh kumpulan kerjakerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Nenggiri. Gua Keledung merupakan sebuah gua batu kukup yang berkeluasan sederhana besar yang terletak di Bukit Keledung. Sedangkan Bukit Keledung merupakan sebuah kompleks batu kapur yang terbahagi kepada dua buah gua iaitu Gua Keledung (Besar) dan Gua Keledung Kecil. Terbaru, sekumpulan pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menemukan sebuah rangka dipercayai seorang wanita yang dianggarkan berusia 14,000 hingga 16,000 tahun yang lalu. Penemuan rangka ini berlaku secara tidak sengaja ketika ekskavasi penyelamat warisan negara ekoran pembinaan empangan Sungai Nenggiri dijalankan di perkampungan Keledung sekitar November sehingga Disember 2022.

Downloads

Published

2023-06-30

Issue

Section

Articles