Historiografik dan Kronologi Kependudukan Minoriti Siam di Kelantan

Authors

  • NUR AZUKI YUSUFF Universiti Malaysia Kelantan Author
  • SUZIANA RAZALI Universiti Malaysia Kelantan Author

Keywords:

Historiografi, Siam, Kelantan, minority, imigran

Abstract

Transmigrasi masyarakat Siam ke Kelantan bermula seawall pertengahan abad ke 13M lagi apabila kerajaan Siam mengembangkan pengaruhnya sehingga ke Kelantan (Nik Mohamed, 1977). Permasalahan kini ialah, apabila asal usul masyarakat mereka dipersoalkan berikutan kurang jelas fakta dari sudut pensejarahan asal sosiobudaya. Pelbagai persoalan ditimbulkan, antaranya persoalan siapakah orang Siam pertama datang atau komuniti manakah asalnya menetap di Kelantan dan bagaimanakah mereka datang telah lama mendapat perhatian. Beberapa bukti telah dikemukakan tetapi tidak satupun mendapat rumusan data yang tepat. Etnik Siam Kelantan tidak seperti orang Cina, tidak mendapat perhatian semasa era kedatangan imigran pada abad ke 18 dan 19. Hal ini adalah kerana, berkemungkinan besar mereka tidak terlibat dengan aktiviti sebagaimana aktiviti orang Cina seperti perlombongan emas, perniagaan dan perdagangan. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengesan sejarah kependudukan masyarakat Siam Kelantan, khususnya dengan melihat historiografiknya. Kajian pensejarahan ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam keseluruhan operasi kajian iaitu bermula daripada pengumpulan data lapangan hinggalah kepada analisa data. Informan dan responden kajian adalah terdiri daripada masyarakat Siam Kelantan, kebanyakannya terdapat di Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, yang terdiri daripada individu berautoriti serta kepimpinan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi dan kaedah wawancara berstruktur. Rumusan kajian memberi impak kepada pertambahan ilmu dalam bidang sosiobudaya khususnya bahasa, warisan dan ekologi manusia. Perkongsian ilmu tersebut menyempurnakan kelestarian hidup.

Downloads

Published

2023-06-30

Issue

Section

Articles