Analisis Moderasi Islam Terhadap Hukum Jenayah dalam Undang-undang Negeri Kelantan
Keywords:
Moderasi, Hukum Jenayah, Undang-undang Negeri KelantanAbstract
Kelantan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia, di mana perjuangan melaksanakan Syariah Islam di Kelantan telah berlangsung sejak lahirnya PAS pada tahun 1951. Namun, autonomi atau autoriti dalam menerapkan Syariah Islam yang dicita-citakan PAS telah mengalami banyak halangan kerana ia bertentangan dengan undang-undang – Undang-undang Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasaskan prinsip negara Islam dan Kerajaan Pusat pula enggan membenarkan penguatkuasaan undang-undang Islam yang digubal oleh Kelantan kerana dianggap bercanggah. Akhirnya, konflik antara peraturan Kerajaan Persekutuan dan Negeri ini menjadikan undang-undang negeri dikritik dan dipersoalkan. Kertas kerja ini menghuraikan analisis produk Jenayah Syariah Kelantan 1993 berkaitan hukum hudud, qishas dan ta’zir, serta pengeluaran peraturan kerajaan tempatan (peraturan kecil) yang melarang pelbagai perbuatan maksiat dalam analisis kesederhanaan Islam. Hasil kertas kerja ini menyatakan bahawa kesederhanaan undangundang jenayah Islam dalam undang-undang negeri Kelantan menjanjikan dua perkara iaitu meringankan beban dan memudahkan
urusan rakyat Kelantan kerana keselamatan akan terjaga.