Ajaran Sesat di Kelantan: Tumpuan Kepada Ajaran Subud, 1960-1961

Authors

  • ABU HANIFAH HARIS Universiti Malaya Author

Keywords:

Ajaran, Sesat, Ajaran Subud, 1960-1961

Abstract

Negeri Kelantan sering dianggap sebagai ‘Serambi Makkah’ kerana pernah menjadi pusat perkembangan pendidikan Islam dan kegiatan inteketual sejak akhir abad ke-19. Namun begitu, negeri Kelantan juga tidak terlepas daripada menjadi pusat perkembangan ajaran sesat. Salah satu ajaran sesat yang berkembangan pesat di negeri Kelantan ialah ajaran Subud (Susila Budhi Dharma) yang diasaskan oleh Muhammad Subuh Sumohadiwidjojo (1901-1987) atau Pak Subuh yang berasal dari Indonesia. Objektif kajian ini ialah membincangkan perkembangan ajaran Subud di Kelantan. Skop kajian ialah antara tahun 1960 hingga tahun 1961. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan meneliti sumber primer seperti fail dan dokumen serta akhbar, selain meneliti sumber sekunder seperti buku, bab dalam buku, dan artikel. Kajian menunjukkan bahawa ajaran Subud mula berkembang di negeri Kelantan sejak awal tahun 1960-an. Ajaran Subud juga berjaya menarik minat ramai rakyat Kelantan bahkan pernah mencecah sekitar 500 orang pengikut di Kelantan, termasuklah mereka yang berpendidikan dan berkerjaya, termasuklah sebagai pegawai kerajaan. Perkembangan pesat ajaran tersebut di Kelantan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan segelintir ulama yang berpendapat bahawa ajaran tersebut bercanggah dengan Islam, sekali gus menyebabkan kerajaan Kelantan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Mufti Kelantan 
telah memainkan peranan penting dalam menyekat perkembangan ajaran Subud di Kelantan dengan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan ajaran tersebut di negeri Kelantan.

Downloads

Published

2023-06-30

Issue

Section

Articles