Kronologi Kerajaan Jembal Kelantan, 1638-1733
Keywords:
Kronologi, Kerajaan, Jembal Kelantan, 1638-1733Abstract
Kerajaan Jembal merupakan salah sebuah kerajaan yang pernah wujud dan berkuasa di Kelantan, khususnya pada abad ke-17. Kerajaan ini dikatakan berpusat di utara Kelantan, iaitu di Kota Jembal (Kedai Lalat) pada zaman Cik Siti Wan Kembang memerintah di Hulu Kelantan. Kerajaan Jembal yang diasaskan oleh Raja Sakti ini dikatakan diperintah oleh sembilan orang raja di antara 1638 hingga 1733. Setelah era Kerajaan Jembal berakhir, anak-cucu Wan Daim, seorang raja di Patani telah menguasai politik Kelantan sebelum lahirnya Dinasti Long Yunus pada 1765. Kajian ini bertujuan untuk menggalurkan perkembangan dan kronologi sejarah Kerajaan Jembal dan para pemerintahnya, selain mengungkap peristiwaperistiwa penting yang berlaku sepanjang sejarah tersebut. Berasaskan metodologi kepustakaan yang digunakan, kajian ini telah mendapati seramai sembilan orang raja telah memerintah Kerajaan Jembal, di mana tokoh lagenda yang paling terkenal ialah Puteri Saadong, puteri Raja Loyor yang menjadi isteri Sultan Abdullah. Kerajaan berakhir, setelah menantu Sultan Omar, Raja Baha (Tuan Besar) bin Wan Daim telah ditabalkan sebagai Sultan Jembal terakhir, di mana setelah kemangkatan baginda pada 1733, tiada lagi raja dari keturunan Jembal yang memerintah, sebaliknya kuasa politik telah beralih kepada keturunan Wan Daim.