Mejar Anker Rentse, 1895-1950: Sumbangannya Terhadap Pensejarahan Kelantan

Authors

  • MOHD FADLI GHANI Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Author

Keywords:

Mejar Anker Rentse, 1895-1950, Sumbangan, Pensejarahan, Kelantan

Abstract

Pensejarahan Kelantan secara akademik telah diterokai oleh Anker Rentse sejak awal 1930-an, setelah pensejarahan tradisi berlaku menerusi penulisan manuskrip sejak zaman Long Yunus, selain sejarah lisan. Hasil penelitian Anker Rentse yang sebahagian besarnya disalurkan melalui Journal Malayan Branch of Royal Asiatic Society (JMBRAS) telah mengungkap, merekod dan mendedahkan aspek-aspek yang penting dalam sejarah Kelantan, sehingga meletakkan beliau sebagai sejarawan asing yang paling unggul dalam mengkaji Kelantan. Tulisan ini sangat signifikan dalam memahami apakah sebenarnya sumbangan Anker Rentse terhadap pensejarahan Kelantan, di mana tulisan ini mempunyai objektif untuk mengungkap biografi dan ketokohan beliau, serta peranan dan sumbangan beliau terhadap pensejarahan Kelantan. Berasaskan metodologi kepustakaan yang digunakan, kajian ini telah mendapati bahawa Anker Rentse yang berbangsa Denmark telah datang ke Kelantan pada 1927 dan terlibat dalam pentadbiran awam negeri, selain aktif dalam penyelidikan budaya dan sejarah Kelantan, sebelum meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang di Gua Musang pada 1950. Selain menghasilkan 16 buah artikel dalam JMBRAS, Anker Rentse juga telah meninggalkan pelbagai sumbangan lain dalam pensejarahan Kelantan seperti mengumpul data-data dan rekod sejarah dan budaya Kelantan, rakaman gambar-gambar bersejarah, penyaluran informasi sejarah Kelantan dengan penyelidik lain, mencetuskan polemik sejarah Kelantan, membentuk inspirasi penyelidikan sejarah dan lain-lain.

Downloads

Published

2023-06-30

Issue

Section

Articles