Pendahuluan
Abstract
MENUJU 50 TAHUN WARISAN KELANTAN: DARI MONOGRAF KE JURNAL
KETIKA Warisan Kelantan mula diterbitkan pertama kali pada 1982, ia adalah monograf kedua Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK), iaitu setelah monograf pertama bertajuk Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah (1981). Edisi pertama atau bilangan satu (Bil. 1) dinamakan Beberapa Aspek Warisan Kelantan atau Warisan Kelantan I, adalah sebagai sebuah monograf, bukannya jurnal. Mungkin kerana pengalaman pahit yang dilalui oleh beberapa jurnal sejarah Kelantan sebelumnya seperti Journal Persatuan Sejarah Kelantan terbitan Persatuan Sejarah Kelantan (PSK) dan Jernal Sejarah Kelantan terbitan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Kelantan yang tidak mampu bertahan melebihi 4 keluaran sahaja, maka Warisan Kelantan memilih untuk tidak tampil sebagai jurnal, sebalik menjadi sebuah monograf yang lebih sederhana makna dan fungsinya.